🛡️ Jaminan wang dikembalikan 30 hari untuk semua set

Cuba 30 hari. Tak puas hati, kami pulangkan duit.

RootVeda Oil dari SENA. Cuba betul-betul dulu, tengok sendiri kulit kepala anda macam mana. Kalau rasa tak sesuai, kami refund penuh. 

Rambut gugur semakin berkurang

Kulit kepala rasa lebih bersih

Baby hair mula tumbuh

NAK CUBA TANPA RISIKO

Lebih 150,000 rakyat Malaysia dah mula perjalanan pemulihan rambut bersama SENA

Dorang dah cuba. Ini cerita dorang.

Pengguna SENA kongsi pengalaman selepas guna RootVeda Oil secara konsisten.

“Serius tak sangka! Kulit kepala nampak lagi bersih, kemerahan pun dah kurang dan kotoran terkumpul pun makin hilang.”

“Tak sangka betul boleh nampak perubahan macam ni. Rambut gugur pun dah makin sikit. Sekarang rambut nampak lebih lebat dan tak flat macam dulu.”

“Lepas konsisten pakai RootVeda Oil, rambut nampak lebih lebat dan kulit kepala pun dah tak begitu nampak macam dulu.”

“Bila kulit kepala makin nampak, memang rasa kurang yakin. Tapi lepas konsisten guna RootVeda Oil, rambut nampak makin lebat dan saya rasa lebih yakin macam dulu!”

RootVeda Oil, bukan minyak rambut biasa

Dipakai sebelum shampoo untuk bantu longgarkan buildup pada kulit kepala. Bila kulit kepala lebih bersih, rutin penjagaan rambut pun jadi lebih berkesan.

100% bahan semula jadi, gabungan 6 herba

Berdaftar dengan KKM (NOT260505592K)

Selamat untuk ibu hamil & menyusu

Tiada hormon, tiada minoxidil, tiada finasteride

CUBA 30 HARI TANPA RISIKO

Cara guna: sapu terus ke kulit kepala kering, urut lembut 5 hingga 10 minit, biar 30 hingga 60 minit, lepas tu bilas dengan shampoo. Guna 2 hingga 3 kali seminggu.

6 Herba Terpilih.
Setiap Satu Ada Peranannya.

Semakin Lama Anda Biarkan Kulit Kepala Tersumbat...
Semakin lama folikel rambut berada dalam keadaan yang tidak sihat.

Lebih awal anda mula menjaga kulit kepala, lebih awal anda memberi peluang kepada rambut untuk pulih.

Baru Nak Mula?

RM95

RM 119

Baru nak mula menjaga kulit kepala

Mengalami buildup ringan

Mahukan rutin mingguan yang ringkas

PILIHAN RAMAI 🔥

RM169

RM 238

Rambut gugur semakin banyak

Kulit kepala berminyak atau berkelemumur

Mahukan rutin yang lebih lengkap

Rambut Gugur Dah Lama?

RM229

RM 357

Rambut semakin menipis

Rambut gugur sudah lama

Mahukan penjagaan kulit kepala yang lebih menyeluruh

Terma jaminan 30 hari. 
Semua kami letak terang-terang.

Kami nak anda tahu betul-betul macam mana jaminan ni berfungsi sebelum beli. Takde terma tersembunyi.

Ringkasnya: cuba 30 hari, guna ikut arahan, kalau tak puas hati hantar tuntutan sebelum hari ke-37, pulangkan botol, dan duit anda balik.

Pembelian kali pertama sahaja
Terpakai untuk pembelian RootVeda pertama anda. Satu tuntutan jaminan bagi setiap orang.

Beli terus dari laman web sahaja
Terpakai untuk pesanan yang dibuat melalui laman web rasmi SENA.

Mula kira bila barang sampai
30 hari percubaan bermula bila penghantaran disahkan sampai, bukan dari tarikh anda beli.

Buat tuntutan sebelum hari ke-37
Anda dapat 30 hari penuh untuk cuba, lepas tu ada 7 hari lagi untuk hantar permintaan refund.

Guna ikut arahan
Ikut arahan penggunaan yang disertakan dalam pesanan sepanjang tempoh percubaan. Kalau berlaku kerengsaan, berhenti guna dan terus hubungi SENA.

Catat masalah utama anda
Sebelum mula, tulis masalah utama anda. Contohnya, kulit kepala berkerak, serpihan nampak, gatal, atau rambut susah diurus. Ini membantu kami memahami pengalaman anda.

Rekod harian
Untuk masalah yang boleh dilihat, kami minta gambar harian dengan pencahayaan, sudut dan keadaan rambut yang lebih kurang sama. Untuk masalah macam gatal, cukup bagi rating permulaan dan rating akhir.

Guideline Cara Ambil Gambar

Check-in harian digalakkan
Anda boleh hantar update harian untuk dapat panduan daripada kami. Terlepas satu hari update tak bermakna tuntutan anda automatik batal.

Terangkan kenapa tak puas hati
Permintaan refund perlu ada nombor pesanan, anggaran kekerapan guna, dan penerangan ringkas apa yang tak bertambah baik. SENA tak akan minta bukti rambut tumbuh dalam masa 30 hari.

Pulangkan botol percubaan
Botol yang dah digunakan perlu dipulangkan, walaupun dah kosong. Kotak asal tak diperlukan.

Set beberapa botol: baca ini dulu
Percubaan meliputi satu botol yang dibuka sahaja. Untuk refund penuh set, anda juga perlu pulangkan baki botol yang belum dibuka dan hadiah promosi yang boleh digunakan semula.

Refund ikut jumlah yang anda bayar sebenarnya
Refund meliputi harga produk atau tawaran yang layak selepas diskaun. Takde yuran pentadbiran dikenakan.

Pos pulang kami tanggung
SENA bagi label pos pulang prabayar untuk tuntutan yang diluluskan. Anda perlu hantar pulang dalam 14 hari selepas terima label.

Proses refund
SENA keluarkan refund ke kaedah pembayaran asal dalam 7 hari bekerja selepas terima dan sahkan barang pulangan. Pembayaran mungkin mengambil masa tambahan.

Takde refund berganda
Satu pesanan tak boleh dapat bayaran balik dua kali, sama ada melalui SENA, marketplace atau pertikaian pembayaran.

Tuntutan palsu tak dilayan
Bukti rekaan atau tuntutan berganda yang disahkan boleh ditolak. SENA akan bagi sebab bertulis dan anda boleh jelaskan maklumat yang kurang atau dipertikaikan.

Masalah produk diuruskan berasingan
Produk rosak, tersalah hantar, cacat dan reaksi buruk diuruskan secara berasingan. Anda tak perlu menghabiskan percubaan dulu sebelum menghubungi SENA.

Gambar anda kekal peribadi
Gambar tuntutan hanya digunakan untuk sokongan dan penilaian. Kalau nak guna untuk iklan atau testimoni, kami perlu kebenaran berasingan dan ia adalah pilihan anda.

Hak pengguna anda kekal terlindung
Jaminan ini tambahan kepada hak berkanun anda dan tidak menghadkan hak tersebut.

SENA Bermula Daripada Sebuah Kisah Yang Sangat Peribadi.

Selepas pembedahan otak, Aruna mengalami keguguran rambut yang teruk. Pelbagai produk dicuba, namun tiada yang membantu.

Suaminya kemudian menghidupkan semula resipi minyak herba tradisional peninggalan arwah bapanya.

Beberapa minggu kemudian, anak rambut mula tumbuh dan daripada harapan itu, lahirlah RootVeda Oil.

Hari ini, lebih 150,000 rakyat Malaysia telah memulakan perjalanan pemulihan rambut bersama SENA.

Cuba sekarang, dilindungi jaminan 30 hari

Ada soalan? Chat je dengan kami.

Nak tanya pasal set, cara tuntutan jaminan atau cara guna? Pasukan SENA ada di WhatsApp untuk tolong anda.

Chat Di Whatsapp